Wednesday, 16 June 2010

Kursus Perguruan...

Sekalung syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya, kami menerma sesuatu berita baik (yang saya rasa) ingin dikongsi bersama.

Kekanda saya, Dayang Nur Qawira Awang Marusin (0148646852) diterima masuk untuk mengikuti Kursus Perguruan sesi 2010-2015 di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Ilmu Khas (IPIK), Cheras, Kuala Lumpur sebagai pelatih Pegawai Perkhidmatan Pelajaran (Pendidikan Khas - Pendengaran). Selamat maju jaya buat kekanda saya. Dengan izin Allah SWT, kekanda saya bakal menjadi guru pembina negara bangsa.

Di samping itu, beberapa orang alumni dari SEMAI yang diketahui turut diterima masuk ke IPGM pada 28 Jun ini seperti yang tersenarai:

  • Nurkahlelayati Awang Mumin (IPIK)
  • Muhammad Abdul Noor (IPGM Kampus Tuanku Bainun - IPTB, Bukit Mertajam, Pulau Pinang)
  • Raihan Asyura Asran (IPTB)
  • Rosidah Mohammad (IPGM Kampus Tawau, Sabah)
  • Nur Atiqah Salamin (IPGM Kampus Kota Bahru, Kelantan)
Sekalung tahniah diucapkan.

0 comments:

Post a Comment