Tuesday, 1 June 2010

Kecewa dengan Kekejaman Rejim Zionis

KENYATAAN MENGENAI
KEKECEWAAN TERHADAP TINDAKAN TENTERA ISRAEL MENYERANG SUKARELAWAN ANTARABANGSA

Bismillahir Rahmaanir Rahiim

Saya berdiri teguh sebaris bersama pemimpin-pemimpin dan masyarakat dunia menentang sekeras-kerasnya kekejaman yang dilakukan oleh Rejim Zionis ke atas sukarelawan antarabangsa yang menyertai misi kemanusiaan ke Gaza. Hal ini harus diberi perhatian serius oleh seantero dunia, terutamanya pemimpin-pemimpin berpengaruh besar.

Saya mendengar berita ini ketika saya menonton siaran Berita Nasional (TV1 RTM) dan siaran Buletin Utama (TV3 MPB). Saya sudah menjangkakan bahawa Rejim Zionis akan menyerang sesiapa sahaja yang kononnya memasuki perairan Tebing Barat tanpa keenaran kerajaan Benjamin Nentanyahu. Akan tetapi, saya terkejut apabila berbelas sukarelawan telahpun mati ditembak secara dirancang (sebahagiannya syahid) dan berpuluh sukarelawan cedera dan kemudiannya kapal Mavi Marmara dirampas Tentera Laut Israel.

Saya dan manusia sedunia menaruh harapan dan berdoa kepada Allah SWT semoga bantuan serta sukarelawan yang sudi membantu warga Gaza selamat pergi dan selamat kembali ke tanah air masing-masing. Saya percaya semua orang terkilan dan marah akan tindakan Israel yang sanggup melakukan jenayah di atas perairan antarabangsa. Saya juga percaya bahawa sukarelawan antarabangsa masih bersemangat meneruskan misi mereka walaupun akan ada sebahagian mereka syahid fii sabilillah (di jalan Allah).

Saya juga yakin bahawa semua warga dunia berang dengan kata-kata Perdana Menteri Israel, Benjamin Nentanyahu yang langsung tidak tercapai di akal masing-masing bahawa askar Israel membela diri dari diserang oleh sukarelawan antarabangsa sedang askar Israel dengan tidak berhati perut, dengan mata hati yang buta menceroboh lalu berperang dengan sukarelawan antarabangsa. Ini sesuatu yang tidak masuk akal kerana sukarelawan antarabangsa bukanlah skuad yang bersenjata dan misi mereka ialah untuk memberi bantuan kemanusiaan kepada mereka yang memerlukan.

Oleh sebab itu, maka saya amat berkongkalikong dengan arahan Malaysia kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) supaya diadakan sidang tergempar untuk membahasakan seterusnya mengambil tindakan keras terhadap Kerajaan Israel Laknatullah. Saya juga amat bersetuju dengan luahan rasa warga dunia sama ada mereka Islam mahupun tidak bahawa Israel itu amat zalim.

"Orang Yahudi dan Nasrani tidak akan meredhaimu (orang Islam) sehinggalah kamu mengikuti ajaran mereka."
(Surah al-Baqarah, ayat 120)

Walau bagaimanapun, saya menyeru kepada seluruh manusia dan kepada diri saya sendiri, marilah kita sama-sama menentang tindakan Yahudi Laknatullah yang maha zalim yang telah membunuh nyawa yang tidak berdosa. Sama-samalah kita menentang tindakan ini. Saya juga berpesan kepada diri saya dan anda semua agar terus menyokong perjuangan Perdana Global Peace Organisation (PGPO) yang dipimpin oleh mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mahu membantu orang-orang yang memerlukan di Gaza melalui misi bantuan kemanusiaan yang dirancang.

Bagi sukarelawan yang telah mati diserang oleh Tentera Israel yang zalim, takziah secara peribadi saya ucapkan kepada keluarga sukarelawan tersebut. Bagi yang Islam, seharusnya berbangga kerana mati dalam perjuangan kerana Allah. Diharap bersabar dan tenang dengan dugaan yang melanda.

Doa kita, semoga sukarelawan antarabangsa (khususnya warga Malaysia) diberi kerahmatan oleh Allah SWT sepanjang perjalanan mencipta jasa yang maha murni ini. Amin.

AWANG ABDUL MUIZZ AWANG MARUSIN
Setiausaha Eksekutif Pustakawan Pelajar
SMK Agama Inanam

Selasa, 1 Jun 2010

0 comments:

Post a Comment