Renungan - Balada Si Gadis Kecil

Gadis kecil itu telah bertahun
dikecam derita,
di khemah pelarian
yang menjanjikan dukacita.

Munir tak mengenal erti cinta
telah kering airmata
menangisi kematian
ayah bonda dan saudara.

Pada suatu senja langit Shatila,
Menyaksikan pembunuhan
anak kecil dan wanita
Munir ditembak penuh luka
tapi ajalnya belum tiba
Kerana Tuhan mengasihi dia.

Peristiwa hitam 17 September
telah menjadi bukti
sempurnalah kekejaman suatu bangsa
yang sombong dan hina.

Berapa banyak lagi
gadis kecil tak berdosa
akan menjadi mangsa
kekejaman manusia...?

Berapa abad lagi
gadis kecil seperti Munir
Akan menjadi korban peperangan...?

Zubir Ali
17 Disember 1982

Comments