Thursday, 27 May 2010

Merelakan Hidup Berkepergian

Dalam dua minggu ini yang sudah, aku harus merelakan perpisahan dengan Muhammad Amirul Ikwal Noor Ariffin (Eksekutif Unit ICT Majlis Pimpinan Pelajar SEMAI) serta adindanya, Muhammad Aiman Farahi dan Eizzad Amirul Arash Mohd. Nizam. Kesedihanlah namanya hidup ini yang akan ada berkepergian. Apatah lagi berpergian selama-lamanya...



Muhammad Amirul Ikwal Noor Ariffin (0174546115) merupakan aset akademik SEMAI. Jika SEMAI ingin menilai tahap dalam bidang lain, ia dilihat kurang jelas dizahirkan. Bagaimanapun, ia mampu terlibat dengan cemerlang dalam akademik dan pembangunan ICT sekolah.

Beliau yang berpindah dari SMKA Maahad Hamidiah, Kajang, Selangor mula menjadi warga SEMAI pada bulan Februari 2008 apabila ayahandanya, Noor Ariffin Mohd. Arif dilantik menyandang kerusi Pengarah Institiut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu (Jurutera J48). Beliau seterusnya diberi kepercayaan menjadi Eksekutif Unit ICT MPP pada tahun 2009 bersama sahabatnya, Mohamad Akmal Ibrahim yang pada asalnya sejawatan dengan Ikwal tetapi kini mengetuai unit tersebut.

Kecemerlangan beliau dalam akademik membawanya menduduki kerusi Ashabul Imtiyaz pada tahun sama sehingga mendapat 9A dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009.

Pada 21 Mei 2010, beliau dikenang sebagai ahli kebitaraan akademik SEMAI. Beliau dan adindanya berpindah ke SMKA Pedas, Rembau, Negeri Sembilan kerana mengikuti keluarga berpindah. Ayahandanya ditukarkan ke ILP Pedas dengan menyandang kerusi Pengarah.

Eizzad Amirul Arash Mohd. Nizam berpindah ke SMKA Slim River, Slim River, Perak juga kerana mengikut keluarga berpindah. Ayahandanya, pensyarah di Universiti Malaysia Sabah dinaikkan pangkat sebagai Pensyarah Kanan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.

"Aku harus merelakan perpisahan ini kerana aku sedar aku akan semakin kehilangan insan-insan tersayang. Aku kekal aku sendirian..."

0 comments:

Post a Comment