Friday, 14 May 2010

Lafaz Terima Kasih (MTQSS Negeri Sabah 36/2010)

Bismillahir Rahmaanir Rahiim

Sekalung puji dan syukur saya penjatkan ke hadrat Allah SWT kerana izin dan rahmatnya, Majlis Tadarus al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (MTQSS) Peringkat Negeri Sabah 36/2010 berjaya dilaksanakan. Majlis anjuran bersama Sektor Pendidikan Islam (SPI), Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Kota Kinabalu (PPDKK) dan SMK Agama Inanam (SEMAI) mendapat sambutan menggalakkan daripada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan:

  • Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah
    • Tn. Hj. Saifulzaman Sanggul, Ketua Penolong Pengarah
    • Ust. Yusof Ali, Ketua Unit Dakwah dan Kepimpinan
    • Ust. Mohd. Razali Hamid
    • Ust. Suffian Amran
  • Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kota Kinabalu
    • Dr. Hj. Mohd. Kassim Hj. Mohd. Ibrahim, Pegawai Pelajaran Daerah
    • Ust. Mohd. Raffe Ghalil Abbas, Ketua Unit Pendidikan Islam
    • Ustzh. Salwa Hj. Ahmad, Pengiring Perwakilan MTQSS Sabah (Zon Barat Sabah)
  • Ketua Kontinjen Bahagian Tenggara, PPD Semporna
  • Ketua Kontinjen Bahagian Selatan, PPD Kuala Penyu
  • Ketua Kontinjen Bahagian Timur, PPD Sandakan
  • Ketua Kontinjen Bahagian Utara, PPD Kota Marudu
  • Ketua Kontinjen Bahagian Pedalaman, PPD Keningau
  • SMKA Inanam
    • Pn. Affida Helmi, Pengetua dan suami, En. Abang Mohammad Abang Bolhassan
    • En. Mohamad Fikri Mohamad Nawi, Ketua Unit Kesukarelaan MTQSS Sabah
    • Semua guru yang terlibat mengelola MTQ
    • En. Abdul Momen Hj. Ismail, Pengurus Sajian Asrama SEMAI
    • Kumpulan sukarelawan MTQSS Sabah
  • SMKA Sandakan
    • Sdr. Mohd. Subri Moksin
    • Sdr. Mohd. Norhesam Sabri
  • SMKA Kota Kinabalu
    • Ust. Nik Anwar Zakaria
    • Ust. Amir Hussin Baadul
    • Ust. Mohd. Azrol Mat Sedik
    • Sdr. Al-Said Utoh Karah
  • Semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan MTQSS Sabah 36/2010.
Mewakili SEMAI, setinggi kesyukuran dan penghargaan dirakamkan atas kerjasama, jalinan mawaddah, kepercayaan dan semangat yang ditunjukkan dan diberikan kepada saya dan pihak SEMAI dalam menjayakan MTQSS Sabah 36/2010 ini. Saya bagi pihak warga SEMAI memohon maaf atas kekurangan, kesalahan dan kesilapan yang dizahirkan sepanjang MTQSS Sabah 36/2010 berlangsung.

"Sesungguhnya (segala pemberian) ini adalah untuk kamu sebagai balasan, dan adalah usaha amal kamu (di dunia dahulu) diterima dan dihargai (oleh Allah)".
(Surah al-Insaan, ayat 22)

DOA RABITAH (kenangan)



Sesungguhnya Engkau tahu
bahawa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
tegakkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayaMu
yang tiada pernah padam
Ya Rabbi, bimbinglah kami…

Rapatkanlah dada kami
dengan kurniaan iman
dan indahnya tawakkal padaMu
hidupkan dengan makrifatMu
matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela...

(Izzatul Islam)

0 comments:

Post a Comment