Saturday, 1 May 2010

Lafaz Terima Kasih sempena Maadabah as-Syai 2010



Sekalung syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT dengan izin dan rahmatNya dapatlah disempurnakan Majlis Maadabah Syai 3/2010 dengan jayanya. Kejayaan sudah terserlah dan kita berharap agar kejayaannya berwasilah selagi hayat dikandung badan.

Jutaan terima kasih ingin disampaikan kepada Panitia Bahasa Arab dan Persatuan Bahasa Arab kerana memberi peluang kepada saya untuk menjayakan Maadabah Syai buat ketiga kalinya - sebagai Pengarah Pentas (Pengurus Persembahan) - sejak ia diadakan pada tahun 2008.

Penghargaan juga saya tujukan kepada Ustaz Naim Majin kerana masih menerima saya sebagai Tutor Bahasa Arab sekaligus dapat menjadi Jurulatih Majlis kepada kelas Tingkatan 1 Ibnu Abbas dan 1 Ibnu Umar.

Penghargaan juga saya tujukan kepada Puan Noraiha Abdullah kerana memberi kebenaran kepada pihak saya dan Ustaz Naim Majin untuk menggunakan Bilik APD sebagai pusat latihan majlis.

Terima kasih saya juga untuk seluruh ahli kelas Tingkatan 1 Ibnu Abbas dan 1 Ibnu Umar kerana sanggup berkorban, memberikan kerjasama dalam menjayakan persembahan sempena Maadabah Syai ini.

Terima kasih secara khas saya sampaikan ke hadapan Setiausaha Rendah saya, Saudara Syed Mohd. Ridzuan Raflee dan Saudara Muhammad Ammar Hakim Zulkefili; juga kepada Pembantu Khas saya, Saudara Sabran Sholehan Sabudin, Saudara Mohd. Zaznizam Izzat Izni Zamani dan Saudara Khairul Anwar Ahmad kerana sanggup memberi perkhidmatan dan bantuan dalam melicinkan tugas saya dalam hari-hari sebelum Maadabah Syai berlangsung. 

Penghargaan dan rasa tahniah saya juga kepada ahli-ahli kelas Tingkatan 1 Ibnu Jarir dan 1 Ibnu Majah kerana berkesempatan menunjukkan kekuatan sekaligus memulakan semangat baru untuk mempelajari Bahasa Arab.

Harapan saya - semoga kita semua mampu mencipta kecemerlangan seterusnya dalam akademik dan kokurikulum Bahasa Arab SMK Agama Inanam.

Selepas ini, semua adik saya di Tingkatan 1 adalah sahabat saya. Terima kasih atas jasa kalian.

0 comments:

Post a Comment