Saturday, 29 May 2010

Kehilangan


Aku sering sahaja kehilangan
kerna masa pantas pergi
makin luaslah alam kuteroka
makin jauhlah kaki berjalan
makin banyaklah takdir disuratkan
harus aku pasrahkan dan aku terima
tapi tidak pernah kulupa
betapa saujana sebuah pertemuan

Berilah peluang kepadaku, Tuhan
semoga aku bertemu semula
biarpun pertemuan itu hanya sekian waktu
kerana indahnya ikatan atas nama cinta padaMu

Sejahterakanlah diri-diri kami, Ya Rabbi
dan kandungan perhubungan
kerana kekalkallah kami dengan firmanMu
"mukminin itu bersaudara"

Hati ini akhirnya harus meneruskan jalanan
mempaksi redha kepada Ilahi
bahawa setiap pertemuan itu
seharusnya berakhir dengan kehilangan...

Kuarters Hospital Tuaran, Sabah.
Sabtu, 29 Mei 2010, jam 12.04 tengahari.

1 comment:

  1. Assalamu'alaikum

    abang berminat sangat dengan hasil nukilan adik.. sangat bermakna dan ada maksud di dalamnya. teruskan perjuangan. semoga kamu akan menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat Insha Allah. Jadilah insan yang sentiasa 'memberi' kepada masyarakat dan agama..

    wallahu a'lam

    ReplyDelete