Antara Kegembiraan dengan Dugaan...

(memori bersama Ridzuan dan Ammar)


Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu...

(Muhasabah Cinta :: EdCoustic)

Ungkapan ini hanya mungkin sekadar terungkap, tapi jauh di sudut hati perasaan saya, seorang pelajar senior, juga seorang pelajar yang menjadi Guru Muda di sekolah saya, SMKA Inanam. Sebenarnya saya mengalami dua situasi - kegembiraan dan dugaan  - kepada mereka yang saya terakan gambarnya di sini, (sekadar menyebut nama yang menjadi tumpuan dalam tajuk ini) Syed Mohd. Ridzuan Raflee, Muhammad Ammar Hakim Zulkefili dan rakan-rakan mereka di Tingkatan 1. Sebenarnya, saya menyayangi mereka (kerana ALLAH, itulah namanya Ukhuwah Fillah - jangan disalah tafsir) seperti merekalah adik saya, sahabat saya. Saya boleh mengadikangkatkan sesiapa sahaja, tapi risikonya cukup tinggi. Saya sudah tidak berkesanggupan.

Antara kisah-kisah (yang saya boleh kongsi), sehingga ada simbolik bahawa terlonjak sang hati di dada, juga mempunyai maksud dengan isu ini antaranya pada hari Rabu, 25 Mei 2010. Saya memanggil saudara Muhammad Ammar Hakim Zulkefili untuk belajar bersajak serangkap bersama saya. Dia adalah antara berpuluh penyair yang mendeklamasikan sajak Hayat Seorang Alim nukilan saya sendiri. Kami saling tersenyum apabila saya mengajarkannya berpuisi lalu dia mencuba mengikut nada saya sebaik mungkin. Alhamdulillah, dia mampu membawa rangkap puisi itu dengan baik.
Di kala mataku melihat jasa guru
Aku masih teringat aku yang kecil
Merekalah mendidikku tulis baca
Merekalah mengajarku kira-mengira
Merekalah yang membawaku
Berfikrah keterbukaan luas
Membawaku ke suatu tahap
Mampu mencipta kecemerlangan
Harapan sang pendidik
Tentang Ammar Hakim yang menduga hati ialah "saya sedang merampas Ammar dari seseorang yang kebetulan satu perasaan seperti saya". Itulah dugaan yang saya hadapi. Saya terima dengan penuh ketabahan kerana saya sudah menjelaskan segalanya kepadanya sebelum ia disebut kepada saya. Saya siap berpesan lagi, "Jagalah hati si abang itu. Kasihan melihatkan."

Saya bimbang kerana saya zahirkan foto memori ini,


saya akan dihujani bermacam-macam fitnah. Sedang saya merakamkan memori ini sebagai simbolik sahaja bahawa inilah sahabat saya. Hakikatnya, nilai batin mengatasi nilai zahir dalam menjalani kemasyarakatan.

Sekitar tahun ini, saya ada kebersamaan dengan Ridzuan dalam berorganisasi. Kami serumah sukan (Biru) dan sebilik asrama. Saya sebenarnya bersyukur kerana dipertemukan dengan insan ini. Sebelum ini, saya terlebih dahulu mengenali ibu bapanya, En. Raflee Manshor (Penolong Pengarah, Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Sabah) dan isteri. Itupun kebetulan bertemu dalam Majlis Khatam al-Quran Sekolah-sekolah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah 2009 di Wisma MUIS, Kota Kinabalu. Saya kagum dengan usahanya dalam bidang Tilawah al-Quran. Perasaan ini disimbolikkan dalam sajak Kepulangan.


Kau masih berkesempatan
kerna aku mengetahui itulah kau kecenderungan
aku percaya bahawa kau adalah kau jua di esok hari
dalam melagukan wahyu Ilahi

Keliling kebimbangan
kerna kaulah diharapkan segala insan
terus-berterusan mengagungkan ayat Ilahi
ajar-ajarlah orang yang memerlukan
mencontohi dirimu

Keliling kebimbangan di hari ini
ketahuilah oh si adik
kerna kaulah diharapkan segala insan
hati aku, aku tidak terlalu bimbang
kepanjangan usiamu, kesempatanmu jua
kau masih berkesempatan
silakan berkarya, berseni melagukan ayat murni...


Namun, banyak raut wajahnya yang saya selalu tatapkan membuahkan kebimbangan. Itulah persoalan bagi saya. Yang menjadi dugaan, perasaannya kepada saya. Sering bermanipulasi, maka saya seperti kurang bermotivasi. Tapi, saya terima dengan dirinya yang sebegitu. Dia tidak mempengaruhi emosi saya 100%, 50% apatah lagi.

Hanya satu saat saja yang dinamakan interest baginya, Muhasabah Cinta. Saya selalu saja disuruh menyanyi. Persoalan saya, kita tahu menyanyi lagu keinsafan itu, tapi sukar untuk menghayati, menginsafi apatah lagi.

Bagaimanapun, sebenarnya, saya amat menghargai ukhuwah dengan mereka ini. Tinggal lagi saya beramanah, mereka juga beramanah untuk menjaga ukhuwah ini sebaiknya. Bukan mudah menjalin ukhuwah, menerima siqah (kepercayaan) apatah lagi.

Betapa sucinya kasihMu, Tuhan
Betapa agungnya kebesaranMu
Diri ini mengharapkan cintaMu
Kekalkanlah rasa kehambaanku... Amin!

Comments