Posts

Showing posts from May, 2010

Renungan - Balada Si Gadis Kecil

Gadis kecil itu telah bertahundikecam derita,
di khemah pelarian yang menjanjikan dukacita.

Munir tak mengenal erti cinta telah kering airmata
menangisi kematian ayah bonda dan saudara.

Pada suatu senja langit Shatila,
Menyaksikan pembunuhan anak kecil dan wanita
Munir ditembak penuh luka tapi ajalnya belum tiba
Kerana Tuhan mengasihi dia.

Peristiwa hitam 17 September telah menjadi bukti
sempurnalah kekejaman suatu bangsa yang sombong dan hina.

Berapa banyak lagi gadis kecil tak berdosa
akan menjadi mangsa kekejaman manusia...?

Berapa abad lagi gadis kecil seperti Munir
Akan menjadi korban peperangan...?

Zubir Ali 17 Disember 1982

Kehilangan

Aku sering sahaja kehilangan
kerna masa pantas pergi
makin luaslah alam kuteroka
makin jauhlah kaki berjalan
makin banyaklah takdir disuratkan
harus aku pasrahkan dan aku terima
tapi tidak pernah kulupa
betapa saujana sebuah pertemuan

Berilah peluang kepadaku, Tuhan
semoga aku bertemu semula
biarpun pertemuan itu hanya sekian waktu
kerana indahnya ikatan atas nama cinta padaMu

Sejahterakanlah diri-diri kami, Ya Rabbi
dan kandungan perhubungan
kerana kekalkallah kami dengan firmanMu
"mukminin itu bersaudara"

Hati ini akhirnya harus meneruskan jalanan
mempaksi redha kepada Ilahi
bahawa setiap pertemuan itu
seharusnya berakhir dengan kehilangan...

Kuarters Hospital Tuaran, Sabah.
Sabtu, 29 Mei 2010, jam 12.04 tengahari.

Merelakan Hidup Berkepergian

Image
Dalam dua minggu ini yang sudah, aku harus merelakan perpisahan dengan Muhammad Amirul Ikwal Noor Ariffin (Eksekutif Unit ICT Majlis Pimpinan Pelajar SEMAI) serta adindanya, Muhammad Aiman Farahi dan Eizzad Amirul Arash Mohd. Nizam. Kesedihanlah namanya hidup ini yang akan ada berkepergian. Apatah lagi berpergian selama-lamanya...



Muhammad Amirul Ikwal Noor Ariffin (0174546115) merupakan aset akademik SEMAI. Jika SEMAI ingin menilai tahap dalam bidang lain, ia dilihat kurang jelas dizahirkan. Bagaimanapun, ia mampu terlibat dengan cemerlang dalam akademik dan pembangunan ICT sekolah.

Beliau yang berpindah dari SMKA Maahad Hamidiah, Kajang, Selangor mula menjadi warga SEMAI pada bulan Februari 2008 apabila ayahandanya, Noor Ariffin Mohd. Arif dilantik menyandang kerusi Pengarah Institiut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu (Jurutera J48). Beliau seterusnya diberi kepercayaan menjadi Eksekutif Unit ICT MPP pada tahun 2009 bersama sahabatnya, Mohamad Akmal Ibrahim yang pada asalnya sejawat…

Antara Kegembiraan dengan Dugaan...

Image
(memori bersama Ridzuan dan Ammar)

Wahai pemilik nyawaku Betapa lemah diriku ini Berat ujian dariMu Kupasrahkan semua padaMu...
(Muhasabah Cinta :: EdCoustic)
Ungkapan ini hanya mungkin sekadar terungkap, tapi jauh di sudut hati perasaan saya, seorang pelajar senior, juga seorang pelajar yang menjadi Guru Muda di sekolah saya, SMKA Inanam. Sebenarnya saya mengalami dua situasi - kegembiraan dan dugaan  - kepada mereka yang saya terakan gambarnya di sini, (sekadar menyebut nama yang menjadi tumpuan dalam tajuk ini) Syed Mohd. Ridzuan Raflee, Muhammad Ammar Hakim Zulkefili dan rakan-rakan mereka di Tingkatan 1. Sebenarnya, saya menyayangi mereka (kerana ALLAH, itulah namanya Ukhuwah Fillah - jangan disalah tafsir) seperti merekalah adik saya, sahabat saya. Saya boleh mengadikangkatkan sesiapa sahaja, tapi risikonya cukup tinggi. Saya sudah tidak berkesanggupan.

Antara kisah-kisah (yang saya boleh kongsi), sehingga ada simbolik bahawa terlonjak sang hati di dada, juga mempunyai maksud dengan is…

Hayat Seorang Alim

Prolog: “Ilmuwan laksana bintang bergemerlapan di sekalian alam. Andai sinarnya sirna, nescaya sesat arah tak bertuju…”
(I) PENGARAH PELAJARAN
Inilah aku di sini Pengarah Pelajaran Terimalah aku oh sang pendidik Imam segala alim ulama Pendidik anak bangsa
Allah amanahkan kalian Didik anak bangsa Ingat oh sang penabur ilmu Setiap anak itu mutiara nusa Permata negara Gilaplah sekilat-kilatnya Sampai zahir sinarnya
(II) PENGETUA
Baik, Tuan Pengarah Janji kami di sini Sentiasa mengangkasa amanah Ilahi Inilah sumpah kami Terimalah azam kami, ya Ilahi Menabur jasa, mencurah bakti Demi mengangkat gemilang Generasi pewaris kejayaan
Hinakan kami, oh Tuhan Andai amanah ini tercicir Di tengah jalanan jasa
(III) IBU BAPA
Tuan Guru, Didiklah putera puteri ini Dengan kebitaraan ilmumu Buatlah apa yang patut Sampai akhlak baiknya Muncul berzahir Dari amalan keilmuan…
(IV) PEMIMPIN MASYARAKAT
Amanah guru ini akbar amat Juga jasanya, akbar dari segalanya Amat berharga melebihi keemasan emas Akulah sang penyair Juga sang pemimpin Yang berjaya mem…

Sekumit Bicara Buat Ilmuwan

Sejambak kasih buat ilmuwan Ilmuwan yang menabur budi Budinya berwasilah sepanjang zaman
Sejambak sayang buat ilmuwan Ilmuwan yang berbakti sejati Walaupun pisau-pisau kebiadapan Mengguris kalbu kudusmu
Sejambak kasih buat ilmuwan Ayahbonda pusat harta akal budi Ilmuwannya pemurah lagi tabah Tapi kelopak mata ini berpaling Melihat akan akbarnya budi Pendidik yang sejati murni
Ampun, ilmuwan Maafkanlah diriku seikhlas hati nurani Maafkanlah insan ini maha dina Sebenda khilaf laksana besi berkarat, maka itulah aku Khilaf terhadap dikau ilmuwan Ya Tuhan Pemaaf, maafkanlah hamba ini
Ampun, ilmuwan Saat ini ku mengadapkan jasad memohon restu Maka kau restuilah kembara ilmu penuh ranjau berduri Ku pohon doa berkat daulatmu ilmuwan di sisi Maha Pemurah Moga sejahtera berjalan mencari bahagia Bahagia memiliki kekayaan ilmu sanjungan tinggi
Sepohon kasih wahai ilmuwan Apresiasi infiniti, itu dikau Kemaafan bererti, itu dikau Doa demi sejahtera, itu dikau Sembah takzim, itu dikau Untukmu mudarrisin, Selamat Hari Guru.
Makmal…

Lafaz Terima Kasih (MTQSS Negeri Sabah 36/2010)

Bismillahir Rahmaanir Rahiim

Sekalung puji dan syukur saya penjatkan ke hadrat Allah SWT kerana izin dan rahmatnya, Majlis Tadarus al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (MTQSS) Peringkat Negeri Sabah 36/2010 berjaya dilaksanakan. Majlis anjuran bersama Sektor Pendidikan Islam (SPI), Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Kota Kinabalu (PPDKK) dan SMK Agama Inanam (SEMAI) mendapat sambutan menggalakkan daripada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan:

Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri SabahTn. Hj. Saifulzaman Sanggul, Ketua Penolong PengarahUst. Yusof Ali, Ketua Unit Dakwah dan KepimpinanUst. Mohd. Razali HamidUst. Suffian AmranPejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kota KinabaluDr. Hj. Mohd. Kassim Hj. Mohd. Ibrahim, Pegawai Pelajaran DaerahUst. Mohd. Raffe Ghalil Abbas, Ketua Unit Pendidikan IslamUstzh. Salwa Hj. Ahmad, Pengiring Perwakilan MTQSS Sabah (Zon …

Kepulangan

Image
(i)

Hari ini kepulanganku ke 5 tahun silam
di pusat yang sama tapi berbeza suasana
bumi ini berbunga saujana dengan ayat suci Ilahi
bersama ibrah dakwah Islami
itulah kenangan mahmudah yang harus abadi

Cuma di kala aku sedang kemasyghulan
dalam manjelajah alunan indah, bergemersik suci
kerna keharusan jua
aku bertemu demi memanjangkan ukhuwah Ilahi
tetapi beruntunglah
andai semua padaku itu bersualm benang kasih dan ikhlas

(ii) (buat adik Syed Mohd. Ridzuan Raflee)

Kau masih berkesempatan
kerna aku mengetahui itulah kau kecenderungan
aku percaya bahawa kau adalah kau jua di esok hari
dalam melagukan wahyu Ilahi

Keliling kebimbangan
kerna kaulah diharapkan segala insan
terus-berterusan mengagungkan ayat Ilahi
ajar-ajarlah orang yang memerlukan
mencontohi dirimu

Keliling kebimbangan di hari ini
ketahuilah oh si adik
kerna kaulah diharapkan segala insan
hati aku, aku tidak terlalu bimbang
kepanjangan usiamu, kesempatanmu jua
kau masih berkesempatan
silakan berkarya, berseni melagukan ay…

Lafaz Terima Kasih sempena Maadabah as-Syai 2010

Image
Sekalung syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT dengan izin dan rahmatNya dapatlah disempurnakan Majlis Maadabah Syai 3/2010 dengan jayanya. Kejayaan sudah terserlah dan kita berharap agar kejayaannya berwasilah selagi hayat dikandung badan.

Jutaan terima kasih ingin disampaikan kepada Panitia Bahasa Arab dan Persatuan Bahasa Arab kerana memberi peluang kepada saya untuk menjayakan Maadabah Syai buat ketiga kalinya - sebagai Pengarah Pentas (Pengurus Persembahan) - sejak ia diadakan pada tahun 2008.
Penghargaan juga saya tujukan kepada Ustaz Naim Majin kerana masih menerima saya sebagai Tutor Bahasa Arab sekaligus dapat menjadi Jurulatih Majlis kepada kelas Tingkatan 1 Ibnu Abbas dan 1 Ibnu Umar.
Penghargaan juga saya tujukan kepada Puan Noraiha Abdullah kerana memberi kebenaran kepada pihak saya dan Ustaz Naim Majin untuk menggunakan Bilik APD sebagai pusat latihan majlis.
Terima kasih saya juga untuk seluruh ahli kelas Tingkatan 1 Ibnu Abbas dan 1 Ibnu Umar kerana sanggup berkorban, mem…

Kasih yang Terputus

Mengapa engkau wahai saudara memutuskan tali kasih
adakah aku sedang mencipta atau sudah tersabit salah
sedang aku pula ingin jauh dari khilaf, dekat dengan hikmah sahihah

Hati ini kau guris kelukaan, parah kerna keinginanmu sendiri
yang aku akur akan dirimu yang tidak pernah memohon diri
minta ampun dan maaf kepada saudaramu yang kausakiti hati
haruskah aku kehilanganmu sekali lagi kerna selamanya hati membenci

Kau tahu aku ini penyabar kepada insani
jangan kau hancuri hati ini jikalau aku tidak berpunya salah hakiki
atau diri ini harus pergi jauh dari tempat ini
mencari kedamaian yang abadi...

Kafeteria, SMK Agama Inanam.
Jumaat, 30 April 2010, jam 2.30 petang.