PEARL '10: Titip Selaku Memori Islami


Aku ingat lagi saat itu.

Aku ingat lagi
sungguh ramai antara mereka
kali pertama menjejak bumi Kinabalu
membawa harapan murni
kecemerlangan akademik dan sahsiah

Aku ingat lagi
apa kata si abang Nik Farhan
prinsip asas
sebarkan salam
senyum selalu
salam semut

Aku ingat lagi
hari demi hari bersama mereka
penuh warna kemesraan
bersandar pada jalinan Islami
 bersatu atas nama Ilahi
bersatu mencipta semula keagungan suci

Aku ingat lagi
hari demi hari
aku selalu bertemu
dengan insan mesra, abang Talhah
tak kira dalam suka dan duka
banyak ruang kemesraan bersama
cetera aku diketahu, dikongsi bersama

Aku ingat lagi
malam sebelum penangguhan harian
aku gerun dengan ketegasan abang Edy
dengan teguh menyimpan amanah
lantas dipohon dirinya jua seadanya
jadilah diri kami jua
barulah aku mahu mengerti

Aku ingat lagi
bagaimana abang Baihaqi
dengan lawak Bang Bang Boomnya
sedang berjuang menamatkan kembara
kami berhasil melawan cabaran

Aku ingat lagi
keramahan kakak Ili
ramah dengan kami, ahlinya
melayan kami dengan penuh kejiwaan
murni sebuah kasih pertemanan

Kalian, abang-kakak, sahabat-sahabat,
kalau kalian saling menyayangi
Sayang kerana Ilahi Maha Menyayangi
titiplah selaku memori Islami
sebagai teladan esok hari.

Aku ingat lagi saat itu.

Khamis, 1 April 2010, jam 11.00 malam.
Perumahan Hospital Tuaran, Tuaran, Sabah.

Comments