Kita Sayugia...

Kita sayugianya
berbakti kepada Allah
kerana itulah
bekalan menuju syurga

Kita sayugianya
berkesempatan mentelaah
kerana itulah
lambang kekayaan batini
seorang insani

Kita sayugianya
masih menyayangi insan sekeliling
kerana itulah
bukti kemanisan iman

Kita sayugianya
cinta mencintai
apa yang dicintai Allah dan RasulNya
kerana itulah
setinggi-tinggi kecintaan

Kita sayugianya
berijtihad meninggalkan si mungkar
kerana itulah
menikam hati, jiwa dan emosi
yang berfitrahkan ihsan

Kita sayugianya
buatlah apa yang baik
tanpa melupakan
amanah dan ibadah
ke hadrat Ilahi.

Ujana Pemulia, Berungis, Tuaran, Sabah.
Isnin, 15 Mac 2010, jam 12.21 tengahari.

Comments