Aku Serba Kehinaan

Aku ini serba kehinaan. Aku dilabel dengan bermacam gelaran tanpa mengira dari mana datangnya gelaran-gelaran yang sungguh mendukakan, juga menguji ketabahan. Aku redha dengan segalanya yang sudah terjadi.

Aku tidak mampu melunaskan kesetiaan dalam pertemanan. Bukan aku tidak mahu (sebaik dipinta juga tidak), tetapi banyak perkara menghalang sungguh perlunasan ini. Namun, sebelumnya, aku juga hilang upaya akan perbahasan ini yang hanya berakhir setelah kepergian, kerana saat aku memerlukan, aku selalu kehilangan walaupun Allah itu Maha Menyayangi. Namun, aku terima segalanya. Aku masih mempunyai keluarga dan guru-guru yang selalu menemani sejauh perjalanan sebuah kehidupan.

Kata-kata guruku masih terngiang-ngiang di telinga, "dalam seribu orang, satu pun belum tentu menjadi teman setia." Jadi, aku berazam menjaga pertemanan yang ada sebaiknya.

Aku ini serba kehinaan. Aku hanya tahu berbicara, tetapi tidak tahu (terkadang) untuk membawa diri secara sempurna. Aku sedar diri ini tidak akan sempurna. Namun, kekadang apa yang sepatutnya aku merasa tamam tidak seindah biasa. Maka, aku serba kekurangan.

Aku sesat dalam perjalanan. Perjalanan mencari kebahagiaan hidup. Sebenarnya, hidup tidak selalunya indah. Justeru, di situlah keindahan hidup. Aku mahu berijtihad sekuatnya. Di depan aku adalah ranjau penuh berliku lagikan berduri. Sukar, bukan?

Comments