Yang Mendatang...

(Buat yang teristimewa)

(i)

Yang mendatang
bisakah aku mempercayainya
dan dipercayainya
dalam wasilah persahabatan
kerana kerasnya jiwanya
dalam menyemai nilai kemurnian
kerana konon
menyinta kebebasan

Mahu membantunya
dalam bahasa Qurani
sebab sudah jua kuberjanji
tapi alangkah
masuk ke kanan, keluar ke kiri
ditanya dia lupa, sengaja
entah mengapa
rupanya dia kekirian
bukan ketengahan

Ditanya mengapa tiada jawapan
aku masih dalam persoalan
bisakah kumemahami
atau aku harus pergi
meski hati ini duka

(ii)

Aku masih berharap
Terbuka pintu kalbu untukku
dalam menjalin ukhuwah Islamiyyah
kerna ku selalu beri kesempatan
moga ada waktu kemesraan

Maaf kalau benar kukhilaf
tapi hilang redhaku, halalku
pada apa yang telah kuberi
kerna kusesali...

(iii)

Yang mendatang
Harap aku ini rajin, seimbang
berguru, mengajar dan mengimam
bersama didikan akhlak terpuji
lengkaplah kemurnian budi pekerti
tanpa ditidak diri bukan seperti hakiki.

Aku takkan sempurna
walaupun tanggapan seperti sebaliknya
harus ku kejar kecemerlangan yang adil
di puncak sana bersama-sama
adil di gedung keilmuan
adil dalam sebuah kehidupan.

Kuarters Hospital Tuaran, Tuaran, Sabah.
Sabtu, 27 Februari 2010, jam 12.31 tengah malam.

Comments