Ulama dan Umara

Ulama - kata ganda (jamak) dari perkataan 'alim, bermaksud orang yang berilmu. Dalam istilah khusus, ulama ialah tokoh keilmuan. Dalam istilah umum, sesiapa sahaja yang menuntut ilmu, kemudian beramal dan diajarkan kepada yang lain hendaklah dianggap ulama.

Umara - kata ganda (jamak) dari perkataan amir, bermaksud ketua. Dalam istilah khusus, umara ialah pemimpin-pemimpin negara. Dalam istilah umum, sesiapa yang diberi amanah, mandat mahupun kepercayaan untuk mengetuai sesuatu kumpulan hendaklah dianggap umara.

Ulama dan umara harus saling berkaitan - falsafah perhubungan ulama dan umara. Ulama berperanan mendidik dan menasihati umara. Tambahan pula, usaha ulama banyak membuahkan umara. Umara berperanan memimpin sendiri tanpa melupakan nasihat ulama. Lagikan pula, usaha umara banyak membela golongan ulama (yang terdiri daripada rakyat umara).

Comments