Posts

Showing posts from February, 2010

Ulama dan Umara

Ulama - kata ganda (jamak) dari perkataan 'alim, bermaksud orang yang berilmu. Dalam istilah khusus, ulama ialah tokoh keilmuan. Dalam istilah umum, sesiapa sahaja yang menuntut ilmu, kemudian beramal dan diajarkan kepada yang lain hendaklah dianggap ulama.
Umara - kata ganda (jamak) dari perkataan amir, bermaksud ketua. Dalam istilah khusus, umara ialah pemimpin-pemimpin negara. Dalam istilah umum, sesiapa yang diberi amanah, mandat mahupun kepercayaan untuk mengetuai sesuatu kumpulan hendaklah dianggap umara.
Ulama dan umara harus saling berkaitan - falsafah perhubungan ulama dan umara. Ulama berperanan mendidik dan menasihati umara. Tambahan pula, usaha ulama banyak membuahkan umara. Umara berperanan memimpin sendiri tanpa melupakan nasihat ulama. Lagikan pula, usaha umara banyak membela golongan ulama (yang terdiri daripada rakyat umara).

Yang Mendatang...

(Buat yang teristimewa)

(i)

Yang mendatang
bisakah aku mempercayainya
dan dipercayainya
dalam wasilah persahabatan
kerana kerasnya jiwanya
dalam menyemai nilai kemurnian
kerana konon
menyinta kebebasan

Mahu membantunya
dalam bahasa Qurani
sebab sudah jua kuberjanji
tapi alangkah
masuk ke kanan, keluar ke kiri
ditanya dia lupa, sengaja
entah mengapa
rupanya dia kekirian
bukan ketengahan

Ditanya mengapa tiada jawapan
aku masih dalam persoalan
bisakah kumemahami
atau aku harus pergi
meski hati ini duka

(ii)

Aku masih berharap
Terbuka pintu kalbu untukku
dalam menjalin ukhuwah Islamiyyah
kerna ku selalu beri kesempatan
moga ada waktu kemesraan

Maaf kalau benar kukhilaf
tapi hilang redhaku, halalku
pada apa yang telah kuberi
kerna kusesali...

(iii)

Yang mendatang
Harap aku ini rajin, seimbang
berguru, mengajar dan mengimam
bersama didikan akhlak terpuji
lengkaplah kemurnian budi pekerti
tanpa ditidak diri bukan seperti hakiki.

Aku takkan sempurna
walaupun tanggapan seperti sebaliknya
harus…

Kau Aku

Kau dan aku adalah satu
tak kira apa
segala rintihan aku
engkau selalu ada
biar kata memisah kita
biarkan saja
kerana terbiasa

Semua tak terang di mataku
walau warnanya menyala
ingin merasa
namun aku takkan cuba
biar kata memisah kita
biarkan saja
kerana terbiasa

Mengejar mimpi yang pasti
akan aku sentiasa merasa kehilanganmu
ku akan tunggu saat bertemu
tiada henti

Walau di mana kita berdiri
di dalam dunia ini
biar sampai akhirnya nanti...

Aizat Amdan

Memori Sukacita

Image
“Hello, abang Muizz ke ini?” Hari itu tarikhnya 13 Februari.
“Hello? Siapa ini?” Menanti dengan penuh tertanya-tanya. Waktu jam dinding sudah pukul 10.30 pagi.
“Izzamuddin ini.”
“Huh, Izam, apa cerita?”
“(Saya) datang.”

Okey, Abang tunggu. Kau (sekarang) di mana ini?”
“Di rumah.” Kemudian, “Abang, rumah Abang di mana?” Aku menerangkan tempat aku tinggal di sekitar Perumahan Hospital Tuaran – mengingatkan dirinya yang sudah tidak jejak tempat itu hampir 8 tahun.
Habis dialog. Aku kembali ke bilikku, menyambung kerja, menulis kertas kerja sebuah program terpenting dalam akademik di sekolah. Akulah setiausaha program berkenaan.
Sekarang sudah 10.50 pagi. Aku terus keluar dari rumah menjemput Izam. Ibuku sedang menyiram bunga. Ibuku tertanya-tanya ke mana aku pergi. Rupanya, dekat dengan pagar.
Aku berjalan sehingga ke dalam Taman Rekreasi. Aku terlihat seorang insan sedang duduk bersantai di pondok “cendawan” itu. Aku tertanya-tanya, siapakah itu? Si dia berbaju merah, berseluar khakis berwarna …