Seorang Azim di Sekolah Baru

Azim masih lagi ingat saatnya menjejakkan kaki ke Kolej Islam Tun Ahmadshah.

“Siapa nama adik?” Izzat menjadi sukarelawan menyapa pelajar baru itu, Izzat.

“Ahmad Azim bin Wafiq.”

“Dari mana, adik?

“Dari Sekolah Kebangsaan Seri Gaya, Kota Kinabalu.”

“Wah, sekolah kluster itu!” Kagum Izzat ketika itu.

Itulah antara saat terindah, namun saat itulah saat terlalu beremosi, kekadang girang, kekadang duka. Barangkali, Azim yang mendengar lagu kebesaran alma mater itu girang kerana kemegahan yang ada.

Bermulalah sebuah tekad
Dalam jiwa telah tersemat
Bersama bermuafakat
Untuk mencapai matlamat

Ke arah kejayaan
Menjadikan sekolah harapan
Harapan kita, harapan negara
Impian pasti terlaksana

Guru mendidik pelajar cerdik
Cemerlang dalam setiap bidang
Prestasi sekolah meningkat sudah
Lambang kemegahan bersama

Namun, yang dukanya apabila berjauhan dengan kedua orang tuanya. Lagi, berduka kerana sendirian sendiri. Itulah lumrah warga baru sekolah itu.

“Belajarlah rajin-rajin, anakku...” Azim ingat lagi pesan orang tuanya di kala dia menjadi pelajar baru sekolah itu.

Namun, dia girang lagi dan lagi apabila merasa selesa dan keluasan perhubungan di sekolah baru. Kawan, abang, semuanya elok-elok melayan. Namun, tidak jua dia hairan apabila si abang-abang naik berang macam harimau apabila melihat si adik-adik khilaf.

“Kalau saya nampak kamu lalu depan abang-abang kamu tidak beri salam, kamu kena. Faham?” Tegur seorang senior.

“Faham!” Sambut adik-adik.

Guru-guru pun sama saja eloknya. Guru-guru pada matahati Azim itu rajin belaka. Sudahlah bekerja di siang, tiada serik menyambungnya di malam hari bahkan terkadang hingga ke dinihari. Ada berlaku kadangkala.

Itulah sekolah baru di hati Azim, bersama-sama membawanya ialah Izzat, seorang senior sekolah, bolehlah, ahli politik sekolah – semua yang berkaitan sekolah banyak diketahuinya. Dari dirinya hingga ke pentadbiran hingga ke akar umbi semuanya dia selalu hujahkan. Bukanlah dirinya itu seorang pengawas, tapi pelajar biasa yang berminat mengetahui sedalamya mengenai sekolah.

Izzat pada Azim pula kawan biasa. Namun, dia selalu berterima kasih kepada Izzat kerana kesudiannya yang selalu itu untuk menumpahkan ilmu kebitaraannya, bahasa Islami, bahasa Arab kepada dirinya. Kadang mahu lagi – kata batinnya. Cuma satu sahaja yang Izzat kilan, Azim sukar menerima ilmu. Ditanya setiap peperiksaan dia gagal dalam subjek itu.

“Kau gagal, aku tidak kecewa tapi kau kecewakan diri kau,” pesanku memberi semangat.

“Kenapa kau gagal?” Tanya Izzat, terkilan.

“Tidak tahu.”

“Lain kali, kau kena kuat di bahagian ini.” Azim angguk.

Izzat tidak patah semangat kalau dilihat Azim itu begitu. Izzat selalu sekali bertemu Azim. Tapi, tiada pula kecewa Izzat itu kerana masing-masing ada persahabatan sendiri – Izzat dulu terkhilaf kerana terkawal persahabatannya. Azim ada teman rapatnya, Kamil. Kalau Izzat tiada, Kamil menemaninya, lebih lagi dari Izzat. Izzat tak pernah kisah.

Maka, sehingga kini, selalulah dihujahnya kini yang berumur satu setengah dekad bahawa “senyum itu sedekah”. Senyum itu sedekah. Sesuailah hujahnya dengan gayanya yang suka senyum bila menemui sahabatnya lain.

Sampai suatu hari, tika Azim mahu menamatkan Tingkatan Satunya, nampaknya Azim mahu sekali berterima kasih kepada semua guru dan sahabat yang membawa dirinya mengenali gedung hikmah itu. Memang dia lakukannya.

Suatu hari, dia bertemu Pengetua. Dia meluahkan sayangnya pada sekolah yang dicintainya.

“Ustaz, sebenarnya saya terharu apabila permohonan saya dikabulkan Allah untuk menjejakkan kaki ke Kolej Islam Tun Ahmadshah. Saya dalam sekolah, UPSR saya hanyalah 4A 1B, tapi diterima juga saya di sini. Kalau saya bersekolah di sekolah lain, rasanya...

“Apapun, terima kasih saya ucapkan kepada semua yang membawa saya mengenali dengan indah sekolah elit ini. Khasnya, buat Datuk Pengetua. Di sinilah kesinambungan kecemerlangan saya hingga kini saya menjadi seorang Pemimpin Rakan Sebaya.

"Sekolah ini dipandang tinggi di mata negara kerana kekuatan akademik dan kokurikulum yang ada. Maka, adapun berbagai cercaan diadakan oleh sebilangan pelajar di sini sendiri, sebenarnya masih juga kuat kerana bentengnya kukuh. Terima kasih, Datuk.”

“Assalamualaikum!” Kamil dan Izzat serentak memohon kebenaran Datuk Pengetua memasuki pejabatnya sebagai Pengetua Utama Gred JUSA B.

“Waalaikumsalam! Sila masuk.”

“Kalian berdua, saya juga berterima kasih kerana membawa saya kepada kekuatan kini. Abang Izzat, saya kuat kerana apa yang Abang khabarkan dan persahabatan saya dengan Kamil dan yang lain.” Syukurnya kepada Izzat dan Kamil.

“Ustaz, saya dengar Abang Izzat rapat sekali dengan pentadbiran sekolah sehingga dia tahu segalanya terutamanya berita baik untuk sekolah ini yang enak didendang di lidah, didengar di telinga. Maafkan kesalahannya. Terima kasih sekali lagi.”

“Tak apa, kamu semua. Saya terharu dengan usaha gigih kalian menyebarkan keharuman nama sekolah kita. Terima kasih jua.” Pengetua menghargai usaha itu.

Berbekalkan doa dan restu, mereka hidup dalam persahabatan harmoni dan acap kali mereka cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.

Kuala Sungai Dua, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Rabu, 16 Disember 2009, jam 11.30 malam.

Comments