Posts

Showing posts from January, 2010

Seorang Azim di Sekolah Baru

Azim masih lagi ingat saatnya menjejakkan kaki ke Kolej Islam Tun Ahmadshah.
“Siapa nama adik?” Izzat menjadi sukarelawan menyapa pelajar baru itu, Izzat.
“Ahmad Azim bin Wafiq.”
“Dari mana, adik?
“Dari Sekolah Kebangsaan Seri Gaya, Kota Kinabalu.”
“Wah, sekolah kluster itu!” Kagum Izzat ketika itu.
Itulah antara saat terindah, namun saat itulah saat terlalu beremosi, kekadang girang, kekadang duka. Barangkali, Azim yang mendengar lagu kebesaran alma mater itu girang kerana kemegahan yang ada.
Bermulalah sebuah tekad Dalam jiwa telah tersemat Bersama bermuafakat Untuk mencapai matlamat
Ke arah kejayaan Menjadikan sekolah harapan Harapan kita, harapan negara Impian pasti terlaksana
Guru mendidik pelajar cerdik Cemerlang dalam setiap bidang Prestasi sekolah meningkat sudah Lambang kemegahan bersama
Namun, yang dukanya apabila berjauhan dengan kedua orang tuanya. Lagi, berduka kerana sendirian sendiri. Itulah lumrah warga baru sekolah itu.
“Belajarlah rajin-rajin, anakku...” Azim ingat lagi pesan orang tu…

Aku Bisa Pulang

(buat teman yang kutemui)

Teman,
aku bisa pulang
ke pangkuanku semula
kerna kejujuranmu
dan senyuman yang
memberi ketenteraman

Teman,
mohon tidak ditidakkan
segunung kebaikan
tapi mohon ditidakkan
segunung kemungkaran
itulah pada diri
sebuah kemuliaan
kerna keikhlasan.

Jangan kau kuragui
Jangan ku kauragui
tapi pulanglah pada pertemuan
yang bisa membawaku pulang
ke pangkuanku semula

Terima kasih
kerana kembali lagi diriku
yang sepatutnya.

Tingkatan 4 Ibnu Khaldun, SMKA Tun Ahmadshah, Kota Kinabalu, Sabah.
Khamis, 14 Januari 2010, jam 8.10 pagi.

Semalam, Hari Ini dan Esok

Rupa-rupanya
semalam yang dikisahkan
gemilang, namanya
pada kesilaman Islam
namun aku pada semalam
penuh warna-warni perasaan
terkehadapankah aku atau
terkebelakangkah aku?

Hari ini
hari yang kutatap wajahnya
wajah kepagian bersinar
kadang wajah kemalaman suram
dek insan-insan perwarna
dikarya bermacam cara
sampailah aku kekal aku

Esok
siapakah aku di mata insani
yang kau hamunkan
yang kau pujakan, terkadang
samakah aku di hari ini dengan
esok hari?

Rupanya
warna-warni
namanya semalam
namanya hari ini
entah pula esok.

Kafeteria SMKA Tun Ahmadshah, Kota Kinabalu, Sabah.
Khamis, 14 Januari 2010, jam 10.40 malam.