Ke Mana Hati Ini Tahun Esok?

Muridku,
Ke mana hati ini
di tahun esok
andai semua yang mengeliling
lari dari nazarahku
adakah itu suratan
atau kebetulan?

Muridku,
Ke mana hati ini
di tahun esok
andai aku yang pernah ihsan
aku dilaku zalim
adakah ini balasan atau mainan?

Muridku,
Ke mana hati ini
di tahun esok
andai hilang penjasaanku
ditelan sebuah kehidupan mendatang
entah sinar atau sirna
walau aku di sini
menyimpan sebuah impian
moga dapat kutumpah belas dan jasa
kepada yang sekeliling
adakah terkabul atau terbuku?

Muridku,
ke mana hati ini
di tahun esok
andai murid tak hendak berguru
andai taulan tak hendak berkawan
andai adik tak hendak berabang
bahagiakah aku atau sengsara sendiri?

Pagoh, Johor.
Selasa, 2 Disember 2009, jam 1.05 petang.



Comments