Tuesday, 1 December 2009

Khabar Kerinduan

Maafkan bila berhari lamanya tidak mengirim berita. Sekarang saya dalam perjalanan ke Kluang, Johor mengunjungi saudara di situ. Sebenarnya saya sihat di samping keluarga. Bagaimanapun, jauh di sudut hati gembira selalu kecuali bila bertemu sanak-saudara dan handai taulan. Jauh saya berpisah dari bumi Sabah, 1800 km jauh dari Semenanjung Malaysia. Namun, itulah, yang mengubat jiwa bila mana dapat saya bertanya khabar dengan taulan di Sabah lantas saya mendoakan keselamatan mereka. Moga dimakbulkan. Takbir Aidiladha mendayu dalam jiwa menangisi kejauhan dua wilayah di Malaysia. Apa pun, selamatlah saya dengan kejayaan majlis munakahat sepupu saya di Seremban, Negeri Sembilan. Saya akan ke Butterworth, Pulau Pinang, 3 hari dari sekarang meraikan sepupu baru. Akhirnya, doa saya, semoga semuanya selamat selamanya... Amin!

0 comments:

Post a Comment