Pelabuhan Sebuah Perjuangan

Diolah semula pada 9 Jun 2017.

Kalau dikenang, sekarang pukul 1.50 petang, 13 Oktober. Apa sangatlah mahu dikenang masa ini? Jangan omong seperti itu – kacang lupakan kulit itu. Nama sahajalah sudah “merdeka” kerana peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) baru sahaja selesai. Tidaklah sesusah mana PMR yang aku tempuh sesaat yang sudah berlalu…

“Okey, masa sudahpun tamat…!” Encik Fozi berbicara kepada kami semua alias PMR sudahpun di penghujung pelabuhannya. Loceng jam berbunyi, insan yang ramainya 83 orang pun mengucapkan syukur mengikut kemahuan masing-masing…

* * *

Aku masih mengingati saat medan dibuka. Tika sekitar jam 7.30 pagi, 7 Oktober, semua yang berjuang waktu itu diiringi oleh Tuan Pengetua dan beberapa orang guru tidak jemu menyuktik semangat agar berjaya dalam perjuangan suci.

Setiap kali kami akan menempuh ujian berikutnya, di situlah tempatnya kami memanjatkan doa dan harapan semoga berjaya dalam menempuh ujian berikutnya. Lantas, semua masuk kaki kanan untuk menjalani peperiksaan bagi kertas seterusnya. Disangka semuanya aman sentosa tapi… air yang tenang jangan disangka tiada buaya.

“Kenapa kamu lambat masuk?” 4 orang calon ditahan oleh Penyelia Peperiksaan kerana lewat masuk dewan peperiksaan.

“Sembahyang.”

“Sembahyang apa? Sembahyang MATAHARI!?” Semua hampir tertekan, lantas Encik Fozi menenangkan semua calon dengan seraya berkata, “kamu solat Dhuha, kan? Dua rakaat pun cukuplah.”

Penyelia itu berpesan lagi, “lain kali jangan lambat lagi, faham?!”

“Faham.”

“Masuk,” penyelia melepaskan mereka yang ditahan.

Pengawas pun memulakan tugasnya, calon memulakan jawapan untuk kertas kedua Bahasa Melayu.

Dialog seperti itu dikenang amat. Tambahan lagi, ianya diadu kepada Cikgu Aisyah.

“Cikgu, itu pengawas hina Islam. Adakah dia bilang kami sembah matahari?!” Zainul mengadu.

* * *

Keesokan hari, Ustaz Shariful memanggil semua calon berkumpul di Dataran Mutah. Beliau menyatakan bahawa, “pengawas mengadu ramai tak pakai songkok. Pakailah songkok.”

Selanjutnya, semuanya selamat sejahtera sehingga ke penghujung. Tiada masalah interior terjadi. Namun, kebimbangan berlaku dalam diri ini apabila ada masalah eksterior berlaku tika ujian masih lagi berlangsung.

Aku ke pondok pengawal – seakan kebiasaan sahaja. Bercerita-cerita apa yang aku mahu. Mahu tahu apa yang sudah terjadi (manalah tahu aku tidak tahu apa marabahaya yang telah datang). Petang 12 Oktober. Saya membaca laporan yang ditulis pada jam 10 malam, 11 Oktober. “Seorang pelajar puteri (namanya dirahsiakan) dilaporkan hilang oleh Puan A dan Encik B (pengawal yang bertugas waktu petang 11 Oktober).

Pelajar tersebut dilaporkan hilang pada jam 4 petang hari itu. Melarikan diri kerana tertekan. Lantas, keluarga beliau melaporkan kejadian kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah. Beliau ditemui di Kepayan pada pagi 12 Oktober dan dihantar semula oleh keluarganya.

“Pak cik, tidak pernah sekolah ada kes polis, tahun ini satu kes sudah. Bikin malu sahaja.” Aku berbicara kepada Encik C (pengawal yang bertugas tika aku melawat pondok pengawal).

“Tapi kita tidak tahu, kan, apa yang terjadi sama dia. Kita tidak boleh masuk campur hal peribadi dia.” sabda Encik Johari. tapi, hati ini bimbang jua kerana dia (Shariffah Hazirah) khilaf dalam bertindak. Kasihan.

* * *

Namun, itulah yang sudah berlaku. Selamat sejahteralah diriku kerana sudah terlepas dari suatu ujian. Cuma menunggu pula adakah kita menang akan perjuangan ini… Ramai yang menyembahkan tahniah kepada diriku kerana berjaya menduduki PMR. Aku hanya bisa mengucapkan terima kasih daun keladi.

“Ya Tuhan, tunjukkan (kejayaan di kelopak mata), moga selamat selamanya… Terima kasih, Tuhanku! Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar.” Hati membisik tika tamat PMR. “Lapang hati ini, adikku.”

Kita buktikan betapa agungnya kuasa SMKA Tun Ahmadshah. SMKA Inanam (SEMAI) akan menjadi SMKA Tun Ahmadshah (SMKA TUNAS Sabah) . Buktikan kita mampu menyaingi SMKA seluruh Malaysia.


Makmal Komputer 2, SMKA Inanam, Kota Kinabalu, Sabah.

Selasa, 13 Oktober 2009, jam 2.20 petang.

Comments