Aku Selepas Ijtihad PMR

"Kita sebenarnya wajib menjaga hablu minallah wahablu minan naas untuk mendapat rahmat Allah. Kedua-dua ini penting sebelum datangnya kiamat. Peri-pentingnya ini kerana ia menjamin kebahagiaan hidup.

"Oleh sebab itu, kita wajib menghormati manusia, termasuk guru-guru, apatah lagi ibu bapa.

"Maafkan bilaku tak sempurna. Saya belum tentu dapat menjaga kedua-duanya. Orang lain juga. Kalau kita dapat jaga hablu minallah, belum tentu kita dapat menjaga hablu minan naas dan sebaliknya. Inilah lumrah saya, saya bukan saja seorang pelajar, tapi saya penulis sambilan, saya pemikir. Inilah saya.

"Ada kadang orang buat baik tapi diolok. Ada kadang kita buat jahat tapi tiada ditegur. Saya percaya, kita semua tidak sempurna, lemah, kerna Allahlah yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.

"Maka, saya memohon maaf sepanjang hayat saya, tak mungkin hidup kita ini selalu baik saja, tak mungkin hidup ini selalu buruk saja. Wallahu waliyyu musta'an."

Ceramah Definisi Matapelajaran Matematik SPM,
Jumaat, 16 Oktober 2009, jam 11.30 pagi

Comments