Thursday, 24 September 2009

Diari Aidilfitri: Komemoratif 1Malaysia

29 Ramadhan, sebelum Maghrib, kami sibuk mengemas rumah dan bersiap untuk Sambutan Syawal di rumah kami, 2 Syawal nanti. Selepas berbuka, kami menyambung kerja. Sampai jam 8 malam, Setiausaha Raja mengumumkan esok adalah Aidilfitri. Alhamdulillah.

1 Syawal, seperti biasa, kami bersolat sunat Aidilfitri di Masjid Jamek An-Nur, Tuaran, diimamkan oleh Ustaz Hj. Hashim Awang dan khutbah disampaikan Ustaz Hamzah Zainuddin. Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Sukarti Wakiman; Pengerusi Majlis Daerah Tuaran, Hj. Awang Shamsi Jameh dan ramai lagi pemimpin dari daerah Tuaran.

Seperti biasa, kami pulang ke Menggatal, Kota Kinabalu, menziarahi pusara ahli keluarga yang sudah pergi. Kemudian, mengunjungi rumah sanak-saudara di situ.

Esoknya, kami buka rumah menerima tetamu.

3 Syawal, kami berjalan sekitar Tuaran dan Kota Kinabalu. Begitu jua 4 Syawal dan hari ini. Hampir 15 buah rumah sudah dikunjungi.

0 comments:

Post a Comment