Posts

Showing posts from September, 2009

Berapa Lama Lagi

Berapa lama lagi
aku dapat menemui saudara
dapat berpijak di tempat kau berpijak
kerna langkah ini
mampu melangkah yang sekitaran saja
sedang tak terjangkau kaki
memijak sebelah sana
lagikan tidak kuketahuan
berapa lama lagi aku akan mengadap Ilahi...

Salam Syawal

Kalau pulang ke Tanjung Tuan,
Jangan lupa carikan suasa,
Sebagai hadiah bapak Mustapa,
Terataknya indah girang selalu,
Bagai riang orang Tebedu;
Kalau sedih tinggalkan Ramadhan,
Mengadap Syawal, giranglah sentiasa,
Yang jauh janganlah lupa,
Yang dekat mesralah selalu,
Maaf dipinta tanda berpadu.

Diari Aidilfitri: Komemoratif 1Malaysia

29 Ramadhan, sebelum Maghrib, kami sibuk mengemas rumah dan bersiap untuk Sambutan Syawal di rumah kami, 2 Syawal nanti. Selepas berbuka, kami menyambung kerja. Sampai jam 8 malam, Setiausaha Raja mengumumkan esok adalah Aidilfitri. Alhamdulillah.
1 Syawal, seperti biasa, kami bersolat sunat Aidilfitri di Masjid Jamek An-Nur, Tuaran, diimamkan oleh Ustaz Hj. Hashim Awang dan khutbah disampaikan Ustaz Hamzah Zainuddin. Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Sukarti Wakiman; Pengerusi Majlis Daerah Tuaran, Hj. Awang Shamsi Jameh dan ramai lagi pemimpin dari daerah Tuaran.
Seperti biasa, kami pulang ke Menggatal, Kota Kinabalu, menziarahi pusara ahli keluarga yang sudah pergi. Kemudian, mengunjungi rumah sanak-saudara di situ.
Esoknya, kami buka rumah menerima tetamu.
3 Syawal, kami berjalan sekitar Tuaran dan Kota Kinabalu. Begitu jua 4 Syawal dan hari ini. Hampir 15 buah rumah sudah dikunjungi.

Kalaulah

Kalaulah kalian ketahuan
bahwa sinar Ramadhan akan terbenam
bisakah kita mengejar semula
kerna kita sering kerugian
laksana titah mulia Rasul junjungan

Tapi saat ini
kita terlalu mengangkasakan Aidilfitri
padahal Ramadhan lebih mulia dari Syawal

Kalaulah aku tahu
aku kurang rajin seakan sediakala
bisakah berusaha lagi
sedang rahmat belum jua kuterima
agar boleh bersyukur, berazam, berijtihad
apatah lagi ujian tak lama menjelma
tak alim pula kalau rahmat itu... Datang...
Amin...