Malaysia Seakan Tidak Berkekalan... Syukurilah

Kita bersyukur kerana Allah masih memberi naungan rahmatNya kepada Malaysia untuk terus mengekalkan kemerdekaan dengan keamanan, kemajuan dan perpaduan. Namun persoalannya, adakah kemerdekaan Malaysia berkekalan sebagai sebuah negara persekutuan diraja yang mengamalkan demokrasi berparlimen?

Rakyat kini semakin hari, semakin berpaling tadah kepada petualang negara. Mengapa? Seakan kemajuan ini muncul sendiri tanpa pergerakan sesiapapun. Orang zaman kini tidak pernah mensyukuri nikmat kemajuan dan kepimpinan negara yang ada, bahkan orang yang berpaling pun sedang mempermainkan Kerajaan yang ada. Ini sepatutnya tidak berlaku. Sejak 52 tahun lalu, kerajaan yang sama (walaupun Perdana Menteri silih berganti) memperjuangkan kemerdekaan dan seterusnya merancang masa depan negara yang amat cerah.

Jangan kecewa (buat yang berpaling tadah) jikalau Persekutuan Diraja Malaysia tidak berkekalan (kerana mereka memperjuangkan prinsip Malaysian Malaysia). Lihat saja, segelintir alim ulama pun menderhaka kepada Sultan. Ada juga pejuang Cina kiri pun menderhaka kepada Sultan, sehinggakan Islam makin hari makin terhakis - siapa lagi yang menghakis Islam melainkan pemimpin gerombolan petualang negara yang juga Melayu Islam. Petualang-petualang semuanya mahu menghapuskan Kesultanan Melayu dan Majlis Raja-Raja Malaysia dan digantikan dengan Presidensi Malaysia. Suatu masa kelak, timbul huru-hara kerana Sultan dimansuhkan, nama Tengku ataupun Tuanku hanya tinggal nama.

Kekecewaan makin membuak apabila Cina yang menduduki kerusi menteri kerajaan juga membuatkan ramai masyarakat Cina kecewa dan mungkin berpaling tadah kepada barisan petualang negara. Pemimpin Cina perlu menyelesaikan krisis itu segera sebelum lebih ramai lagi yang berpindah kepada "kebatilan".

Ke manakah perpaduan? India lagi garang menerusi petualang negara juga. Mereka tertipu tanpa disedari. Kasihan. Sebab itu, perpaduan makin terhakis. Maka, 1Malaysialah yang menjadi penyelesaian bagi mengatasi masalah perpaduan. Hampir semua menyokong kepada konsep 1Malaysia.

Maka, apa yang ada saat ini, syukurilah sebelum datangnya bala bencana ataupun penjajahan seterusnya. Perjuangan pembesar dalam mengecapi kemerdekaan amat sukar untuk dikecapi daripada kerajaan Ratu Elizabeth 2 dari England. Hargailah...

Comments