Posts

Showing posts from August, 2009

Malaysia Seakan Tidak Berkekalan... Syukurilah

Kita bersyukur kerana Allah masih memberi naungan rahmatNya kepada Malaysia untuk terus mengekalkan kemerdekaan dengan keamanan, kemajuan dan perpaduan. Namun persoalannya, adakah kemerdekaan Malaysia berkekalan sebagai sebuah negara persekutuan diraja yang mengamalkan demokrasi berparlimen?
Rakyat kini semakin hari, semakin berpaling tadah kepada petualang negara. Mengapa? Seakan kemajuan ini muncul sendiri tanpa pergerakan sesiapapun. Orang zaman kini tidak pernah mensyukuri nikmat kemajuan dan kepimpinan negara yang ada, bahkan orang yang berpaling pun sedang mempermainkan Kerajaan yang ada. Ini sepatutnya tidak berlaku. Sejak 52 tahun lalu, kerajaan yang sama (walaupun Perdana Menteri silih berganti) memperjuangkan kemerdekaan dan seterusnya merancang masa depan negara yang amat cerah.
Jangan kecewa (buat yang berpaling tadah) jikalau Persekutuan Diraja Malaysia tidak berkekalan (kerana mereka memperjuangkan prinsip Malaysian Malaysia). Lihat saja, segelintir alim ulama pun mende…

Hadiah Abadi

Kemerdekaan
Hadiah abadi kita.

Beruntunglah kita
mereka yang terseksa di bumi sendiri
sejak 1511
diberi hadiah, nikmat
yang mereka, kita jua syukuri
pada saat gemilang
laungan keramat sayup bergema di Stadium Merdeka
berserta dendangan lagu tanah air buat julung kali
berserta laungan azan Tan Sri Hassan Azhari
saat kerahmatan, kemerdekaan!

Beratus tahun silam
tumpah darah para pejuang
menitis air jernih anak bangsa
merintih, memanggil-manggil kebebasan
"wahai bapa-bapa kami,
peliharalah hak kami sementara kami besar!"
namun, jeritan anak kecil mereka dengar
tuntas mengalirlah darah perjuangan
jihad mempertahan Tanah Melayu kita...

Kerana jasa Tunku Abdul Rahman
Tun Abdul Razak
dan imam-imam lain
maka hadiah masih kita pelihara
tanpa ganggu-gugat petualang nusa
kemajuan
perpaduan
keamanan... milik kita saat ini.

Mari, mujahadah kita
moga rahmat ini
masih Allah sudi hadiahi.
Merdeka!
1Malaysia!

Ramadhan, Syahrul Mubarak

Ramadhan, Syahrul Mubarak.
Aku kangan akan dirimu!
Kau menjelitai hayat insani
dengan rahmat dan maghfirah Ilahi
bahkan, kau hiasi kami
dengan pesta ibadah
dengan pesta ukhuwah
dengan pesta tijarah

Rabbi,
Andai saja Ramadhan ini kerianganku
kurniakanlah, hadiahkanlah
saujana barakah sesaujana ihsanMu
kerna Kau, aku, insan tahu
rapsodi ria Syahrul Mubarak
ada pada hadiahMu buat umatMu
simbol kasihMu...

Ma'asyaral Muslimin,
kiranya Ramadhan keriaan kalian
Kita hargailah bersama!
Kerna kalian tahu
Yang Agung itu masih menyayangi.

Jentayu Ramadhan hanya bertebaran
mengikut titah Tuhan
menyinarkan kasih untuk insan
Hargailah kita bersama
walau jentayu molek itu
pulang menyertai masa
akan kembali kepangkuan kita dengan izinNya.

Ramadhan, Syahrul Mubarak.
Rapsodi riang ria
seluruh umat merasa bersama
berijtihad mencari redhaNya.

1Malaysia, Itu Kita

1Malaysia, itu kita.
Suatu perpaduan antara bangsa
antara agama, fahaman politik
negara pun boleh jadi...
Berbanggalah
kerana kita berdiri di bawah gagasan murni
1Malaysia.

1Malaysia, itu kita.
Bukankah Allah juga mewar-warkan nada sama
dalam mukjizatnya agung nian
"dan berpegang teguhlah pada tali Allah
dan jangan kamu berpecah-belah."
Sama takrifnya
1Malaysia itu wajib
sebagai instrumen kesepaduan.

1Malaysia, itu kita.
Titiplah, jangan kau peram!
Bersatulah tanpa kira jurang beza
kerana semangat yang membawa keamanan itu kita
yang sanggup harmoni atas nama perpaduan.

Tuaran, Sabah.
18 Ogos 2009, jam 6.17 petang.

Tinta Kembara Seorang Penjelajah

Image
(i)

Adik,
berapakah jauh lagi
abang harus berkelana?
"Allah sahaja tahu," jawabnya.

(ii)

Betapa jauhnya diriku berjalan
jalan kulalu tak ada tamatannya
sejauh langit mungkin itulah jauhnya
seluas laut barangkali itulah jua
langkah kakiku berkelana
terus mengembara.

Aku sudah penat
dari meneruskan wasilah kembara
kini aku berhenti
kerana jalan kulalu
banyak menduga
jalan bersiur, berbukau...

(iii)

Jangan kau kesal
jangan kau sesal
itu milikku
aku sesat dalam berjalan mencari bahagia
kerna aku ditinggalkan beratus batu
jauh di belakang
menangis aku di tengah jalan
mengejarmu sendirian...

(iv)

Kemari kau bersamaku
Kau kini di simpang sepuluh
ke Seremban
ke Serian
ke Sandakan
ke Pontian
entah, banyak hala
mari, kita ke sini
sempitnya jalan ini
tapi percayalah tamatannya
indah bak taman saujana
itu yang kita impi
banyakkan mujahadah
nescaya kau akan sampai.

Teruslah kita berjalan
mencari bahagia
kembali sejahtera
usaha kearah jaya
bersama.




Salam Diriku, Dirimu Jua

Image
Salam diriku, dirimu jua
terima kasihku atas doa kudusmu
terus kembali sejahtera bersama

SEMAI secara hakiki
diisytihar tutup
30 Julai hingga 7 Ogos
daku, yang lain resah
musibah seantero alam kami jua merasa
rupanya kami sama berdosa
kemudian, sujud itu kami sembahkan kepadaNya
kerana Allah terima doa sejahtera

Aku gering
nyaris terkena bala bencana
tapi kesembuhan
akhirnya punya ku jua.

Salam diriku, dirimu jua
salam sayang atas doa dan pengharapan kalian
kembali bernaung sejahtera di bawah redha Ilahi.