Monday, 8 June 2009

Salam buat Pelawat Bumi Kudus

Salam sejahtera
Wahai pelawat bumi kudus
Jauh dari benua ini
Semoga Yang Berkuasa
Terus memayungi kembaramu
Mencari redha Ilahi
Salam sejahtera
Wahai pelawat bumi kudus
Bumi kecintaan umat Junjungan
Kirimlah sembah
Kirimlah doa
Dari hamba di pulau Borneo Malaysia
Buat Junjungan kita
Assolatu wassalam liRasulillah
Wa'an ashabihi waqaraabatihi ajma'in.
Salam sejahtera
Wahai pelawat bumi kudus
Bumi lembayung Tuhan Esa
Selamat berkelana
Mencari ihsan dan restuNya
Selamat kembali
Sebagai hamba diredhaiNya.
Amin.

0 comments:

Post a Comment