Posts

Showing posts from June, 2009

Hamba di Bumi Perpatih

Aku bersyukur
kini ku menjelajah bumi perpatih
berijtihad bersama umat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
seluruh nusa
memartabatkan agama Maha Kuasa
mempersaudara semua manusia

Aku berserah
atas mujahadah
kabut yang dibelah
menunggu wasilah
menjejak ranjau payah
buat yang hasanah
Alhamdulillah.

Majlis Ihtifal SMKA Malaysia
27 Jun 2009, jam 7.30 malam,
SMKA Sheikh Hj Mohd Said, Seremban, Negeri Sembilan.


Lawan jadi Kawan

Image
Inilah sahabatku
yang asalnya musuhku
tapi Allah jua
menentukan persahabatan umatNya.

Kembali Menemui yang Terpisah

Image
Hari ini aku mengembara
rupanya aku kembali
menemui yang terpisah lama
terima kasih Tuhan
yang faham akan kasihku
buat seluruh sahabat.
Buat temanku
Pertemuan denganmu
mengubat rindu yang tersimpan
yang tersingkap saat ini.

Bicara Hamba Mujahadah

Image
Aku pernah bertanya ke hadapan sahabatku
berapa jauhkah lagi aku harus berjalan
jawab dirinya, Allah saja yang tahu
Sekembara mujahadah
mencari masrur
menyambung jihad
ranjau penuh onak dan duri
namun mujahadah sudi menemani
walaupun aku dikelilingi hambaNya
walaupun aku akan kehilangan ramai lagi
Doa kalian
pembakar ruh diriku
terus berijtihad
demi azam yang satu.

Sampai Ketemu Jua

Image
Sampai ketemu jua
di masa muka
ku tinggalkan alam maya
seketika
Restuilah jelajah ilmu
Sejauh tak terjangkau
Selamat kupergi
Selamat kukembali
Dengan salam, kegembiraan dan kemenangan.

Siapa Itu?

Image
Siapa itu
berbaju eksekutif
berjata kerajaan
bergaya pegawai tinggi
siapa itu?

Salam buat Pelawat Bumi Kudus

Salam sejahtera Wahai pelawat bumi kudus Jauh dari benua ini Semoga Yang Berkuasa Terus memayungi kembaramu Mencari redha Ilahi Salam sejahtera Wahai pelawat bumi kudus Bumi kecintaan umat Junjungan Kirimlah sembah Kirimlah doa Dari hamba di pulau Borneo Malaysia Buat Junjungan kita Assolatu wassalam liRasulillah Wa'an ashabihi waqaraabatihi ajma'in. Salam sejahtera Wahai pelawat bumi kudus Bumi lembayung Tuhan Esa Selamat berkelana Mencari ihsan dan restuNya Selamat kembali Sebagai hamba diredhaiNya. Amin.

Suramnya Pagi Ini

Image
Suramnya pagi ini
Pekan Inanam
Seakan sirna sinar mentari
Menerangi pekan ini.
Setiap memori
Pasti ada hikmah hakiki.

Komen tentang Pengesyoran Had Subjek Sijil Pelajaran Malaysia

Surat terbuka ini dihantar kepada YBhg. Datuk Hj. Alimuddin bin Hj. Mohd. Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada 2 Jun 2009, dan diolah semula secara formal pada 9 Jun 2017.

Yang Berbahagia Datuk, 
Saya merasa diri ini terpanggil untuk memberi pendapat mengenai isu pengesyoran untuk mengehadkan subjek untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan datang. Saya memohon izin Yang Berbahagia Datuk untuk memberi pandangan tentang isu ini atas nama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA).

Saya berpendapat bahawa saya sendiri perlu tahu akan isu ini kerana saya sendiri akan menduduki peperiksaan seperti ini pada tahun 2011. Dalam erti kata lain, saya tidak lama akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini.

Yang Berbahagia Datuk,
Saya berpandangan ada pro dan kontra dalam pengesyoran ini. Ini kerana ada hikmah di sebalik pengesyoran ini, tetapi tidak kurang juga dengan implikasinya kepada sebilangan pelajar, khususnya pelajar Sekolah Menengah Keba…