Semalam Meraikan Kakakku



Semalam di teratak ini
Ku meraikan kesyukuran
Ke hadrat Yang Maha Esa
Kerana kakakku
Bisa menjejak
Kolej Matrikulasi Labuan.

Setiap yang berziarah
Pasti ghairah akannya
Peluang sekilau mutiara
Bukan semua menemuinya
Insan pilihan menjejak mutiara Persekutuan
Tepian Laut China Selatan.

Betapa ramainya
Manusia berijtimak
Mendoakan keselamatan kakakku
Harap berjaya dia yang punya
Terima kasih, saudara-saudariku.

Kuarters Hospital Tuaran, Tuaran, Sabah.
Sabtu, 2 Mei 2009, jam 8.00 malam.

Comments

  1. Muiz, semoga kakakmu sentiasa menerima cahaya yang terang benderang dan gilang gemilang mendalami ilmu demi cita-citanya dan juga harapan ayahibu. Muiz juga harus terus berjuang untuk berjaya dalam kehidupan dalam apa jua. Cikgu membaca karyamu, teruskan juga, Muiz ada bakat, tapi mesti belajar untuk memurnikannya.

    Salam,

    Hasyuda Abadi

    ReplyDelete

Post a Comment