Mimpi Ngeri

Jam 1 pagi. Suasanya sepi nian.

Aku masih duduk bersandar di depan meja untuk mentelaah kitab ilmu alam. Aku mentelaahnya dengan penuh ketekunan, penuh kekhusyukan.

Malam itu malam yang membahagiakan aku. Pada malam itu, bintang bergemerlapan di angkasa. Bulan mengambang memaparkan serinya. Daun nyiur melambai, angin tiup membelai manusia sekitarnya.

Tika aku khusyuk menghayati ilmu-ilmu alam, tiba-tiba, aku terdengar ketukan pintu – menggerunkan aku yang tengah sibuk mendalami ilmu alam itu. Lantas, bunyi yang membuka pintu menyusul di telinga yang tak senang hati mendengarnya. “Hanif!!!” Suara itu berkumandang di telinga. Siapa itu?

“Hanif!” Suara itu bergema lagi. Aku terpaksa bangun dari kerusi panasku tempat aku belajar. Aku cuba mendekati suara itu.

“Hanif!” Suara itu bergema lagi. Aku keluar dari kamar pembelajaranku. Tanpa mempedulikan sesiapa, aku menuruni tangga ke bawah. Suara itu datang lagi. Rupa-rupanya suara itu datang dari pejabat ayahandaku. Aku mendekati kamar pejabat ayahku itu.

“Alim?!” itu sahabat sejatiku. Tapi, dia masih sudi datang – dia telah berpergian dua tahun setengah yang lalu. Apa sebenarnya yang dia inginkan?

“Mari, ikut saya.”

“Alim, saya rindu awak. Tapi, ke mana awak mahu bawakan saya pergi?” aku berfikir penuh tertanya-tanya.

“Ikut sahaja, Hanif. Saya takkan mengapa-apakan awak.” Aku terus mengikutinya keluar dari kediamanku. Jauhnya aku dibawa pergi oleh Alim. Aku dibawa ke lebuhraya.

Aku tiba di tepi jambatan. Jambatan Seri Gemilang – tersohor namanya di persada dunia. Di bawahnya terdapat sungai yang jernih, yang bersih. Lampu-lampu bersinar menerangi seluruh jambatan yang panjang tiga kilometer.

“Selamat tinggal, Alim.” Lantas Alim pergi meninggalkanku. Tiba-tiba, muncul lembaga putih dari bawah jambatan.

“Selamat datang bersama kami. Engkaulah makanan aku.” Aku gerun melihat hantu itu. Kemudian, bangkit lagi kawan-kawannya – hantu lembaga putih. Mereka mengelilingiku.
“Engkaulah makanan kami. Ha...ha...ha!” Lantas, aku lari lintang-pukang tanpa peduli apa jua benda di sekelilingku. Aku berlari sekuat hatiku. Lembaga-lembaga itu mengejar di belakangku.

Sampai suatu ketika... Aku tersadai di tepi lebuhraya itu – di tepinya cerun bukit yang curam nian, hanya tumbuhan malar hijau bermastautin dan beristirahat di situ. Tapi, aku masih berada di tepi lebuhraya itu. Mereka mengelilingiku. Apa yang mereka mahu?

Sejurus selepas itu, muncul pula kawan-kawan yang serupa dari bawah gaung. Mereka mengelilingiku, termasuk yang mengekoriku tadi, mereka menari-nari tarian joget Pahang, tarian sumazau, tarian ngajat, tarian limbai, tarian inding, tarian zapin dan berpoco-poco sambil bersuka-ria. Pelik.

Lantas, mereka menunjukkan kuasa mereka lalu ku terjatuh di bawah gaung yang amat tinggi – tingginya seratus meter. Mereka mengikutiku hingga ke lantai khatimah gaung itu. Mereka menakutkan aku.

“Aku akan makan engkau!” Mereka tertawa mengilai-ilai sambil mendekatiku. Aku cuba menjauhkan diri. Tapi, aku tak dapat melakukannya. Mereka semakin mendekati aku, lantas aku berteriak sekuat hati menyebut nama Tuhan Maha Agung lagi Maha Perkasa. Akhirnya...

Itu hanyalah ilusi dalam kerehatan. Aku terbangun sejurus azan subuh berkumandang dari musolla berdekatan. Syukur kupanjatkan ke hadratNya. Segalanya selamat buatku. Tiada apa yang terjadi. Moga aku terus ba'id dari ilusi itu.

Kuarters Hospital Tuaran, Tuaran, Sabah.
3 Mei 2009, jam 2.12 pagi.

Comments