Posts

Showing posts from May, 2009

Doa

Image
"Berdoalah kepadaku, nescaya aku jawab untuk kamu." 
-- Al-Quran

Doa
Segalanya.

Doa
Permintaan hamba
Kepada Khaliqnya.

Manfaatkanlah, saudara
Insan bisa merancang
namun genggaman Ilahilah jua
menentukan kelulusannya.

Semalam Meraikan Kakakku

Image
Semalam di teratak ini
Ku meraikan kesyukuran
Ke hadrat Yang Maha Esa
Kerana kakakku
Bisa menjejak
Kolej Matrikulasi Labuan.

Setiap yang berziarah
Pasti ghairah akannya
Peluang sekilau mutiara
Bukan semua menemuinya
Insan pilihan menjejak mutiara Persekutuan
Tepian Laut China Selatan.

Betapa ramainya
Manusia berijtimak
Mendoakan keselamatan kakakku
Harap berjaya dia yang punya
Terima kasih, saudara-saudariku.

Kuarters Hospital Tuaran, Tuaran, Sabah.
Sabtu, 2 Mei 2009, jam 8.00 malam.

Mimpi Ngeri

Jam 1 pagi. Suasanya sepi nian.
Aku masih duduk bersandar di depan meja untuk mentelaah kitab ilmu alam. Aku mentelaahnya dengan penuh ketekunan, penuh kekhusyukan.
Malam itu malam yang membahagiakan aku. Pada malam itu, bintang bergemerlapan di angkasa. Bulan mengambang memaparkan serinya. Daun nyiur melambai, angin tiup membelai manusia sekitarnya.
Tika aku khusyuk menghayati ilmu-ilmu alam, tiba-tiba, aku terdengar ketukan pintu – menggerunkan aku yang tengah sibuk mendalami ilmu alam itu. Lantas, bunyi yang membuka pintu menyusul di telinga yang tak senang hati mendengarnya. “Hanif!!!” Suara itu berkumandang di telinga. Siapa itu?
“Hanif!” Suara itu bergema lagi. Aku terpaksa bangun dari kerusi panasku tempat aku belajar. Aku cuba mendekati suara itu.
“Hanif!” Suara itu bergema lagi. Aku keluar dari kamar pembelajaranku. Tanpa mempedulikan sesiapa, aku menuruni tangga ke bawah. Suara itu datang lagi. Rupa-rupanya suara itu datang dari pejabat ayahandaku. Aku mendekati kamar pejab…

Sepagi di Pustaka

Sepagi di Pustaka
Ku menghayati sastera Inggeris.

Sepagi di Pustaka
Ku lihat
Ramai teman yang kukenal
Tapi, apa yang terjadi
Hingga malu kutegur sapa dengannya?

Perpustakaan Daerah Tuaran, Sabah
2 Mei 2009. 

Masihkah Bermakna Hidupku?

Apa bisakah diriku
Menggembirakan dirimu ayahbonda
Kesilapan diriku
Menyakiti hatimu

Apa bisakah lagi ku hadiahkan kegembiraan?
Apalah erti hayatku ini guru
Ilmu dan pesanmu
Lupa ku amalkan
Apa bisakah lagi ku hadiahkan kegembiraan?

Masih senangkah hatimu sahabat
Perbuatanku
Merosakkan kemanisan yang dirasai
Apa bisakah lagi ku hadiahkan kegembiraan?

Apa bisakah
ku punyai imanMu Tuhan
Dosa mengelilingi hayatku
Apa bisakah lagi ku hadiahkan amalan kebaikan?

Apalah makna hidupku ini?

Tuaran, Sabah
1 Mei 2009.


Maafkanlah

Maafkanlah
Wahai manusia
Ketelanjuranku
Menyakiti hatimu insan berbudi.

Maafkanlah
Wahai manusia
Kekhilafanku
Memuramkan wajahmu insan baik hati.

Maafkanlah
Wahai manusia
Kemaafamu
Akan kukenang sebagai jasa bakti.

Kuarters Hospital Tuaran, Tuaran, Sabah.
30 April 2009, jam 11.55 malam.